Tentang Rindu

Genap sepurnama saya di perantauan. Rindu yang membuku dihati ini tidak lagi mampu saya tanggung. Rindu terhadap suara yang tak pernah jemu menghulurkan nasihat kepada diri ini. Rindu untuk berkongsi segala rasa yang menyinggah. Rindu hendak mengusik wanita itu hingga terlakar senyuman pada bibirnya. Rindu mahu bertegur dengan lelaki yang terlihat garang namun penuh kasih dipendamnya.

Coretan ini penuh dengan emosi kerinduan. Sungguh, rindu benar saya pada keduanya. Detik ini sang mata juga tidak lagi kuat menakung butir-butir mutiara kerinduan. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa sosok tubuh itu. Semoga saja masih berkesempatan melepaskan rindu ini dan berbakti kepada mereka. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Si Bunga Kertas