25 Januari 2023. Bersama mereka membuatkan saya lebih menghargai nikmat menjadi warganegara yang sah. Mereka, anak-anak yang lahir di watan ini. Dibesarkan tanpa tanda pengesahan diri sebagai rakyat Malaysia. Mereka juga berimpian, sama seperti saya. Mahu menjejakkan kaki ke UKM bergelar mahasiswa di sini. Bingung saya memikirkan. Ah. Itu bukan kuasa saya. Allah jua yang menentukan tiap-tiap sesuatu. Semoga ruang menyantuni mereka pada hari ini bukan sekadar memberikan harapan kosong yang bakal menghampakan.
Rabbuna yusahhil adik-adik Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. Semoga hari mendatang yang bakal kamu tempuhi dituntun Allah sentiasa.
Kerja Lapangan Kursus Citra Kesukarelawanan Khidmat Bakti (LMCR1102)
Ulasan
Catat Ulasan