Buku Hijau dan Harapan

 


21 Jun 2024.

Tiga tahun saya di sini dan perjalanannya semakin hampir ke garis penamat. Entah berapa banyak air mata dan fikir-fikir keraguan yang menjengah. Perjalanannya bukan mudah tapi harungi saja. Sangat mencabar tapi yang manisnya tetap tak kurang, bersama mereka. Manfaatkan segala ruang dan peluang yang ada. InshaAllah yang terbaik bakal mengiringi. 


Terima kasih Allah atas rezeki dan kesempatan menyiapkan Latihan Ilmiah ini. Semoga ia membawa manfaat kepada ramai pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, secara langsung mahupun tak langsung. 

Terima kasih atas kata-kata kebaikan, kepercayaan dan doa-doa yang kalian dan saya sebut-sebutkan supaya perjuangan ini dipermudahkan. 

Tanpa kalian, tak mungkin saya boleh sampai hingga tahap ni.


Kepada yang masih berjuang, jangan tunduk pada kekalahan. Terus perjuangkan hingga ke titik terakhir. Semoga terus diberi kekuatan dan bimbingan daripada-Nya. 


Semoga Allah bantu dan permudahkan urusan seterusnya hingga akhir.


Benarlah tiada jalan yang mudah untuk menggapai bintang-bintang indah melainkan  

dengan pengorbanan tanpa mengenal erti lelah. Semoga ia menjadi bukti bahawa saya  

pernah belajar menjadi insan yang tidak mudah mengalah dan berputus asa.


Tahniah buat diri ini dan semua ❤️


Ikhlas, Anis Najihah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Si Bunga Kertas